Assalamua'alaikum.. agak lama (sangat lama) dah tak tulis blog sbb aku sesangat busy. kalah PM okay?
First sekali, aku nak cakap, aku sesangat berasa rendah diri dengan blog aku sebab blog aku sesangat simple dan takde benda yg best selain daripada cerita aku. blog aku memang takde nak click link ni, pastu pergi ke page lain, pastu blog aku pulak takde tutorial cara2 nak pakai tudung ala2 hana tajima, and blog aku takde lagu, pastu blog aku takde segala jadah orang letak dalam blog diorang. aku tulis blog sbb aku nak cerita pasal peristiwa yg berlaku dalam hidup aku. itu lah sebab utamanya. mesti terdetik kat hati korang, "kesian nye blog dia." kan? mengaku cepat.
berbalik kepada tajuk entry aku kali ni. okay, sekarang secara rasminya aku bergelar pelajar mass comm (broadcasting). segalanya berjalan dengan lancar, ALHAMDULILLAH. aku belajar 7 subjek and aku happy dengan semua subjek2 tu. hmm takde ape yg perlu diceritakan tentang pelajaran sbb mesti korang cakap, "ada aku kisah nak tahu pasal pelajaran kau?"
hidup aku ni kan, memang boleh dijadikan filem la.. macam2 benda berlaku. please la aku mana2 pengarah filem, jadikan hidup aku ni sebagai sebuah kisah benar..
JATUH DI JALAN TAR.
aku terjatuh di atas jalan tar berdekatan kolej aku. time tu, sikit lagi nak sampai lif, tapi disebabkan berjalan sambil berfikir, memang sudahnya akan jatuh tertiarap. lepas ni, ikhtibar, kalau nak berjalan, berjalan dan fokus dan pandang jalan. mungkin salah aku jugak sebab terlalu berfikir pasal something (tak boleh bgtau aku fikir ape, rahsia). mase tengah jalan2 sambil berfikir, tiba2 je aku dah tertiarap atas jalan. time tu, memang ade orang lalu lalang. then ade 3 orang perempuan baik membantu mengangkatku dan menanyakan mengenai keadaan diriku. aku mencapai tangan mereka dan tersenyum sahaja. dan aku pandang sekeliling, dan aku tengok manusia masing2 sibuk berjalan menuju ke destinasi masing2. wahai manusia, janganlah perasan ada orang jatuh. aku sesangat malu. perempuan baik hati itu menanyakan sama ada aku luka atau tak, dan aku tengok telapak tanganku, ya, memang luka. aku tengok seluar ku, nasib baik tak terkoyak, tapi cuma ada kesan seretan di bahagian lutut. aku pun berjalan menuju ke lif dengan menanggalkan sebelah kasut sebab kasut aku terkoyak gara2 jatuh.. FYI, itu adalah kasut kesayangan hamba dan kasut itu adalah kasut original. masa dalam lif, aku terjumpa balik dengan perempuan2 yang membantuku tadi. aku cakap kat diorang supaya tolong lupakan wajah aku ini. tolong jangan ingat dah sape yg jatuh. dan mereka hanya ketawa.. alaaa. comelnye mereka tertawa. ehh sebelum tu kan, aku teruja tau bila tengok ada darah dan luka di tapak tangan aku.. kalau korang baca entry aku yang lepas2, aku ade mentioned yg aku suka luka2 kan, haaa dan aku memang suka bila tgk darah kat tapak tangan aku. smart sesangat! gambar di bawah ini merupakan luka di tapak tgn aku. sempat lagi ye aku amik gambar. ye la.. sebab apa2 jua luka, atau darah kat bahagian badan aku, mesti aku akan snap.. hobi okay? korang takde hobi yg pelik2 ke? okay, aku seorang je.
Di bawah ini pulak merupakan gambar sehari selepas kejadian.
Dan anda2 semua mesti tertanya, macam mana aku boleh terjatuh. ye la kan, macam mana pula tengah berjalan2, i repeat, BERJALAN, bukan BERLARI, boleh tiba2 terjatuh. jawapan dia adalah ini (gamaknya).
sekian sahaja cerita pertama.
cerita kedua : hari tu aku pergi isi borang2 untuk navy.. oh ya, terlupa nak bgtau.. aku masuk palapes navy.. entah macam mane aku boleh terpilih untuk jadi navy daripada 100 lebih calon. sekarang ni aku adalah top 50. aku memang sangat pelik mcm mane aku boleh terpilih sedangkan aku hanya mampu buat 3 kali sit up sahaja, sedangkan orang lain buad sampai berbelas2 dan berpuluh2.. dan semasa lari sejauh 2.4 km, aku merupakan peserta empat yang terakhir yg berjaya menamatkan larian... (penat taaauuuuu.. hanya ALLAH je yang tahu, dah separuh mati dah aku)
okay, lupakan pasal macam mana aku boleh terpilih jadi navy.
berbalik kepada pokok pangkalnye, hari tu aku isi borang untuk navy. time tu kitorang kena tampal gambar passport kat borang keras tu. FYI, borang tu sesangat penting sebab borang tu akan dihantar kepada pihak atasan navy dan seharusnya borang itu perlu cantik, kemas, bersih. masa aku nak tuang gam tu, tiba2 gam tu tertumpah banyak dan terkena borang dan salinan fotostat dokumen. nasib baik tuan2 navy tu tak marah sangat. diorang cuma suruh aku isi borang baru dan petang tu aku isi borang baru. habis cerita.. malas nak explain banyak2 sbb rase cam sakit hati bila fikir balik. aku marah kat diri sendiri sebab sesangata tak berhati2. kalau mak ngan abah tahu, mesti diorang cakap, "hmmmmmm!" (tolong humming dengan perasaan marah)
selain itu, aku juga telah menghilangkan spek mata baru aku yang baru sahaja dibuat sebelum masuk universiti. aku pakai spek tu tak sampai sebulan. spek tu hilang sebab aku hanya menggantungkan spek tu di tepi beg. lepas tu, aku ke hulu ke hilir, tunggu bas, tuggu giliran untuk interview, pergi keluar naik kereta, pastu sampai bilik je, "eh! mana spek mata?" tapi percayalah, aku tak cuak sangat bila spek aku hilang sbb aku memang dah biasa berhadapan dengan benda2 hilang ni.
abah aku agak marah dan beliau suruh aku buad spek sendiri kerana sesungguhnya beliau tidak akan bertanggungjawab terhadap kehilangan spek mata itu. dan sekarang, aku dah pandai berdikari, aku dah buad spek baru dan aku tengah pakai spek baru semasa tulis blog ni..
sekian sahaja entry pada kali ini. terima kasih kerana membaca.

Eleh, ngengadenya. Sikit je pun. |
two words to describe this. GILA SMART. |
Aku tersadung benda ini! Sekarang aku sangat berhati2 apabila jumpa benda ini. |